Gemilang Mirza bakal diserbu BNM?

Posted on November 9th, 2008 by aidacutes.
Categories: Cerita Ceriti Hari Ini.

Syarikat Gemilang Mirza Sdn. Bhd. sebetulnya kepunyaan salah seorang usahawan dari Sabah yang mana bertempat di Papar. Mereka memaklumkan bahawa mereka adalah sebuah syarikat perkongsian modal dengan memasarkan produk-produk kesihatan.

Namun begitu, adalah difahamkan mereka juga menyediakan bentuk pelaburan bagi mana-mana individu yang ingin melabur. Bagi yang melabur RM1000, keuntungan adalah sebanyak 700+ dan akan dibayar selama 6 bulan berturut-turut termasuk modal anda.

(more…)

Popularity: 18% [?]

82 comments.

5 Strategies for Selling in a Tough Market

Posted on October 18th, 2008 by aidacutes.
Categories: Tip Pemasaran, Tip Perniagaan.

1. Believe you can and stay positive!

One of the problems with all of this talk about recession is that once people believe there is going to be a recession they start to feel negative about their business prospects and only tend to see what they believe rather than believing what they see. Once you believe that there is going to be a recession you tend to only notice articles, comments and statistics that support your beliefs.

What’s more, your negative beliefs quickly affect your outlook and the way that you feel about your business prospects.

If you thought 2008 was going to be a great year for business, your best year yet; how would you feel?

Conversely, if you thought 2008 was going to see a major recession and that it was going to hit you and your business hard; how would you feel?
(more…)

Popularity: 10% [?]

0 comments.

Miskin selepas pencen?

Posted on October 15th, 2008 by aidacutes.
Categories: Tip Kewangan, Cerita Ceriti Hari Ini.

Kerajaan telah menetapkan umur persaraan kakitangan kerajaan adalah pada 54 atau 58 tahun. Bagi sesetangah pekerja wanita, diusia sebegini memang mereka mengalu-alukan persaraan ini, malah ada yang membuat keputusan bersara lebih awal daripada itu. Namun bagi sesetengah pekerja lelaki, diusia begini mereka sebenarnya masih mempunyai kudrat yang kuat lagi untuk meneruskan kerja. Namun begitu persaraan harus dititikberatkan dan diterima dengan hati yang terbuka.

Ramai diantara mereka yang telah pencen, sewaktu bekerja mereka hidup dengan selesa. Namun selepas pencen saja, kedudukan kewangan jatuh teruk. Di mana silapnya? Tempoh hayat seseorang selepas pencen ada lagi berbaki selama 2o tahun (berdasarkan purata jangka hayat orang2 Malaysia). Adakah simpanan KWSP mahupun duit pencen yang anda terima mampu menampung kehidupan anda selama 20 tahun itu? Jawapannya TIDAK.

Oleh itu, (more…)

Popularity: 10% [?]

2 comments.

Minyak Turun lagi? Tapi harga barang tak turun-turun juga!

Posted on October 14th, 2008 by aidacutes.
Categories: Cerita Ceriti Hari Ini.

Harga minyak diturunkan lagi hari ini. Bagi petrol penurunan sebanyak RM0.15  manakala bagi diesel RM0.20. Ini bermakna harga seliter bagi petrol adalah RM2.30 manakala diesel RM2.40. Ini adalah penurunan kali ke 3 dalam tempoh 3 bulan kebelakangan ini.

(more…)

Popularity: 9% [?]

4 comments.

Pelajar pun harus belajar berjimat!

Posted on October 14th, 2008 by aidacutes.
Categories: Tip Kewangan.

Dalam kegawatan ekonomi yang berlaku di negara kita buat masa ini, langkah berjimat cermat adalah perlu agar anda tetap mempunyai wang setiap masa. Begitu juga dengan pelajar samaada dikalangan penuntut IPTA mahupun IPTS yang banyak terdapat kini. Perancangan ini amat penting agar tidaklah pada akhir semester mereka menghubungi mak bapa di kampung untuk meminta bantuan kewangan. 

Di sini saya sediakan sedikit tip untuk anda ikuti:-

  • Hentikan pembelian yang tidak perlu. Kesilapan banyak pelajar, apabila keluar dengan teman-teman, mereka banyak membeli perkara yang tidak perlu. Sebelum anda membeli, pastikan beri masa beberapa saat pada diri anda untuk berfikir samaada benda itu benar-benar penting untuk anda. Contohnya membeli handphone berjenama mahal? Adakah perlu?

(more…)

Popularity: 9% [?]

0 comments.

Belajar kendalikan stress anda

Posted on October 14th, 2008 by aidacutes.
Categories: Motivasi hari ini.

Pada abad ke 21 ini, stress adalah pembunuh utama dan penyebab bagi kebanyakkan penyakit masa kini. 90% pesakit mental dan juga fizikal adalah terhasil daripada stress. Amat penting untuk mengendalikan stress anda agar tidak mempengaruhi keseluruhan hidup anda.

  • Luahkan perasaan dan sibukkan diri. Jika anda terlalu stress, luahkan perasaan marah, geram, dan kesal anda kepada orang yang tersayang mahupun yang terdekat dengan anda. Jika anda hidup bersendirian, keluarlah berjogging, bersosial, menggunakan Yahoo Messenger, beryoga agar anda dapat mengurangkan stress yang anda hadapi. Namun elakkan dari membuat perkara yang melanggar undang-undang dan tidak berfaedah. Ia akan menambahkan stress!

(more…)

Popularity: 9% [?]

0 comments.

Prinsip yang perlu sebelum memulakan perniagaan internet dari rumah

Posted on October 14th, 2008 by aidacutes.
Categories: Tip Perniagaan.

Bagi anda yang kini berkobar-kobar untuk memulakan perniagaan internet dari rumah, masih tercari-cari formula yang perlu untuk memulakannya, saya sediakan prinsip yang perlu anda ikuti agar anda mendapat sedikit panduan.

  • Cari mentor. Ia bukan satu kewajipan. Namun begitu ia amat penting agar anda mempunyai satu guide line yang dapat diikuti agar tidak tersasar dari matlamat anda. Melalui mentor juga anda boleh mendapatkan maklumat dengan lebih tepat dan jelas kerana mereka telah mengalami situasi anda sebelumnya. Jika boleh, carilah mentor yang mempunyai kekuatan team yang kukuh. Ini kerana idea-idea bernas mereka telah membuahkan formula yang lebih efektif untuk anda mencapai kejayaan. (more…)

    Popularity: 10% [?]

    0 comments.