Anda Stress? Positifkan Diri

Memang tak dapat dinafikan, hidup di zaman serba moden dan canggih ini menuntut kesabaran dan cabaran yang sangat tinggi. Apatah lagi kalau iman di dada tak setebal mana, senipis kulit bawang orang kata, pastinya ia mengundang padah dan mungkin menyumbang kepada kependekkan umur anda!

Selalunya bila anda stress, ia akan mempengaruhi hampir 80% kehidupan seharian anda! tak percaya? cuba anda kaji sendiri. Jika anda tidak bijak mengendalikan mesin dalam badan anda itu, ia pasti akan memudaratkan anda!

Di sini saya akan berikan beberapa tips yang harapan saya dapat membantu anda:-

  • Set minda positif

Anda tentu pernah mengalami situasi dimana anda dimarahi oleh tak kira lah siapa, samaada dengan bos anda, musuh anda, mak dan ayah anda atau rakan-rakan yang tidak memahami anda. Pada waktu ini, anda tidak perlu terasa hati. Kalau pun ingin terasa, sikit-sikit dah lah. Jangan sampai berbekas di hati. Pernahkah anda terfikir, mungkin ketika mereka sedang marah itu, sebenarnya mereka juga baru dimarahi oleh bos yang teratas dari dia?Mungkin mak dan ayah anda sedang bergelut dengan masalah perbadi mereka hingga melempiaskan kemarahan mereka pada anda?Mungkin juga sahabat anda sebenarnya tengah datang haid, dan ketika itu hormon tak seimbang? Pada ketika ini, biarkan sahajalah mereka marah. Cuba anda hadiahkan mereka dengan senyuman dan bina keyakinan dalam diri anda bahawa anda tetap utuh dan tidak sedikit pun tercalit atau terguris dengan kemarahan mereka. Percayalah, suatu hari nanti, bos anda yang sering memarahi anda itu akan ajak anda pergi minum kopi bersama sambil bergelak ketawa!

  • Anggap kesusahan itu hanya sementara

 

Anda stress dengan sikap suami yang tak pernah berbaik dengan keluarga anda?Stress dengan sikap isteri yang tak pandai ambil hati mertua?Lain cerita pula dengan masalah kewangan yang tak pernah-pernah selesai. Anak pula semakin bertambah?

Jika anda ditimpa masalah, jangan larikan diri dari masalah tersebut. Lawan diri untuk berhadapan dengannya. Katakan pada diri sendiri”AKU MAMPU MENGHADAPI MASALAH INI”. Masalah jika anda melarikan diri darinya, percayalah ia akan semakin menjadi barah. Hadapinya, kerana ia akan mengajar anda sesuatu yang lebih bermakna dalam hidup anda. Sebenarnya kesusahan-kesusahan yang kita sedang hadapi adalah peracangan dari Allah untuk mengetahui sejauh mana kita tahan dan kebal menghadapi ujiannya. Alah, macam duduk periksa, selalgi tak diuji, manalah kita nak tahu sejauh mana tahap kepandaian kita ni. Macam itu jugalah dengan Allah, dia nak tahu sejauh mana tahap kesabaran dan keimanan kita ni.

  • Banyakkan membaca buku motivasi

 Anda malas membaca?Please la, sebenarnya anda sedang membazir waktu. Dengan membaca anda banyak mencuri pengalaman kejayaan orang lain serta ilmu yang mereka pelajari. Anda sudah pun menjimatkan hampir separuh dari umur anda berbanding jika anda mempelajarinya sendiri. Itupun belum tentu anda akan melaluinya! Jadi jangan buang masa, banyakkan membaca. Jangan dilayan sangat novel-novel cinta yang boleh meruntun perasaan anda dan mengenang sidia yang dah menjadi hak orang lain. BUANG MASA namanya!Tak nak ke jadi Jutawan?Apa kata anda mencuba bidang perniagaan. Pernah gagal dalam perniagaan??Itu bukan persoalan, tapi percubaan. Oleh itu, mulalah motivasikan diri anda. Jangan jadi pasif, jadilah seorang yang BERANI! 

  • Tiada guna hidup ini, andai tidak berpaksikan ALLAH di hati!

Manusia tetap manusia, tetap sidia yang bergelar hamba Allah yang lemah. Katalah anda mempunyai kuasa mencipta sesuatu mahkluk, dan makhluk itu sebiji macam manusia, ada perasaan dan segala-galanya. Tiba satu masa, dia menjadi lupa pada anda, tak mengindahkan segala perintah anda. Anda marah tak?? mesti marahkan? rasa macam nak tamatkan aje riwayatnya!Baru puas hati anda! Tapi kita tak pernah mensyukuri nikmat yang Allah beri. Hatta kita dah buat dosa yang teramatlah beratnya, Allah masih membuka pintu taubat pada hambanya. Malah Allah pula yang beriya-iya ingin mengasihi kita. Kita? Alangkan nak solat 5 waktu tu pun payah benar, nie kan nak bersedekah 50 sen pun susah! Rajin-rajinlah bersedekah atau membantu orang lain. Jika anda memudahkan urusan orang lain, maka urusan-urusan kita yang susah pun Allah senangkan…:)

Semoga anda sentiasa positif. Apa kata set dalam diary, ataupun gunakan lipstik anda yang merah menyala itu dan tuliskan di cermin “HARI INI SAYA HARUS POSITIF DIRI, JIKA ADA MASALAH MENDATANG, SAYA YAKIN DAPAT HADAPINYA DENGAN TENANG!”

 salam sayang,

aidacutes

Technorati Tags:

Popularity: 14% [?]

5 Responses to “Anda Stress? Positifkan Diri”

  1. wanwma Says:

    Tulis kat sini boleh tak?

    “HARI INI SAYA HARUS POSITIF DIRI, JIKA ADA MASALAH MENDATANG, SAYA YAKIN DAPAT HADAPINYA DENGAN TENANG!”

    Ehem..ehem..boleh pun..

  2. aidacutes Says:

    Potretnya jangan lupa yea :)

  3. zulkifli Says:

    boleh tanya cik aida bisness apa ?

  4. maslinda Says:

    rasa bertuah dapat motivasi dari cik aida. tingkatkan usaha senyum sokmoooo tati tu

  5. puteri sinar cahaya Says:

    saya akan cuba untuk berusaha supaya dapat menangani stress yang dihadapi

Leave a Reply