Bagaimana menyambut telefon untuk mendapatkan bisnes?
Dalam perniagaan, adalah penting soal komunikasi anda bersama pelanggan semasa di dalam talian. Cara yang sopan dan tertib sedikit sebanyak akan mempengaruhi samaada anda akan mendapatkan peluang perniagaan daripada pelanggan tersebut mahupun tidak.
Disini saya kongsikan sedikit tip bagaimana memenangi hati pelanggan semasa di dalam talian.
- Jawap semua panggilan sebelum bunyi yang ketiga
- Semasa menjawap panggilan, pastikan anda sentiasa dalam keadaan tenang. Jika sebelumnya anda dalam keadaan stress dan marah-marah, kawallah perasaan itu semasa di dalam talian. Ini kerana nada suara anda adalah mewakilkan syarikat anda kepada pemanggil.
- Jangan lupa menyebut nama kompeni dan juga perkenalkan diri anda. Contohnya “Selamat pagi, Syarikat Suria Sdn.Bhd, saya Aida, ada apa-apa yang saya boleh bantu?”. Jika boleh gunakan nada suara yang lembut.
- Jangan bercakap terlalu laju. Sebaiknya bercakap secara terang agar pelanggan mudah memahami penyampaian anda.
- Kawal penggunaan laras bahasa anda. Jangan gunakan slang kenegerian khususnya atau bahasa pasar. Contohnya seperti ‘OK’, ‘Takpe”, “Bole jer”. Sebaiknya gantikan dengan perkataan tersebut dengan “Baiklah”, “Tiada masalah” dan sebagainya.
- Tahu kendalikan pelanggan. Terdapat sedikit pelanggan yang akan melenting dan cepat marah. Anda kena terus kekal tenang dan sentiasa positif. Keadaan ini akan mempengaruhi pelanggan untuk terus bercakap dengan anda, kerana anda tahu mengendalikan situasi ini.
- Jangan biar pelanggan lama menunggu. Jika anda perlu merujuk sesuatu dan terpaksa membuatkan pelanggan anda menunggu ditalian, jangan biar mereka menunggu lama. Masa yang sesuai adalah diantara 30 saat hingga 45 saat. Selepas itu jika anda memerlukan masa yang lebih, mintalah agar pelanggan anda meninggalkan telefon untuk anda hubungi semula, atau mungkin minta pelanggan anda menghubungi anda semula selepas 5 minit.
Technorati Tags: pemasaran, perniagaan
Popularity: 7% [?]

























