Minyak Turun lagi? Tapi harga barang tak turun-turun juga!

Harga minyak diturunkan lagi hari ini. Bagi petrol penurunan sebanyak RM0.15  manakala bagi diesel RM0.20. Ini bermakna harga seliter bagi petrol adalah RM2.30 manakala diesel RM2.40. Ini adalah penurunan kali ke 3 dalam tempoh 3 bulan kebelakangan ini.

Namun begitu, dengan trend penurunan harga barang ini, peniaga masih tidak menurunkan harga barang-barang keperluan harian. Mengapa? Adakah mereka cuba mengambil keuntungan yang berlebih-lebihan daripada pengguna? Ramai peniaga memberi alasan bahawa pemborong masih mengenakan harga yang tinggi. Adakah ini setakat alasan mereka saja? Meletakkan kesalahan kepada pengeluar?

Jika kerajaan boleh berkompromi dalam hal ini, kenapa tidak para peniaga? Dalam kegawatan ekonomi buat masa ini, inilah masanya bagi semua lapisan berkerjasama dan bertoleransi. Jika peniaga masih berdegil, inilah masanya untuk rakyat berfikir cara yang terbaik untuk membeli barangan agar peniaga terkena juga kesannya. Mungkin memilih untuk membeli saja di pasar borong berbanding di supermarket dapat menjimatkan perbelanjaan anda.

Sekalipun harga minyak telah diturunkan, teruskan berjimat dan sentiasa memantau kedudukan kewangan anda. Jadikanlah ia amalan dalam kehidupan seharian. Hidup bersederhana banyak manfaatnya.

Technorati Tags: ,

Popularity: 13% [?]

4 Responses to “Minyak Turun lagi? Tapi harga barang tak turun-turun juga!”

  1. Hj. Hishamudin Bin Hj. Bujah Says:

    Minyak turun, apa peluang kita ?

    Alhamdulillah, harga petrol diturunkan lagi. Maknanya kita mempunyai lebihan duit selepas ini lah….. Alangkah bagusnya kalau duit lebihan tu kita simpan atau laburkan kerana kita tidak tahu apa yang akan berlaku lagi selepas ini. Ekonomi tidak menentu, maksudnya kita kena perhatikan keperluan mendatang. Belanja pelajaran anak seperti belanja harian sekolah, tuisyen, universiti dan sebagainya.

    Menyimpanlah dan beringatlah semasa ada.

    Hj. Hishamudin Bin Hj. Bujah
    shamzilah@gmail.com
    http://berkatberjimat.blogspot.com
    019 - 2358756

  2. eyeman Says:

    ehm. tak taula. Tunggu ajela harga turun..

  3. BestKlass Says:

    Bagi saya laa.. harga barang xkan turun punya… jd cara bijak nak berbelanja adalah beli kat pasaraya2 besar.. kalau boleh rancang dulu laa sebelum membeli kat sana.. jgn rambang mata.. bg yg rumah jauh dari pasaraya belilah untuk keperluan jer.. jika sgt memerlukan.. lagi 1 supportlah bangsa kita sendiri..

  4. DATUK K Says:

    BERITA GEMBIRA UNTUK SEMUA:
    KEPADA SEMUA RAKYAT MALAYSIA, SINGAPORE, INDONESIA DAN BRUNEI YANG INGIN MENYERTAI GM SILA HUBUNGI DATUK K (KAMARUDDIN SULAIMAN - HP: 014-8642871 - EMAIL - datukk710510@yahoo.com). KEJAYAAN KAMI MEMBUKTIKAN ANDA BOLEH. DENGAN HANYA MODAL YANG RENDAH, ANDA BOLEH MENJADI USAHAWAN BERJAYA. KAMI SEDIA MEMBANTU DAN MENGURUSKAN MODAL KONGSI ANDA DAN MEMBERIKAN BIMBINGAN YANG SEWAJARNYA. TEAM KAMI YANG AKTIF DI SABAH.
    UNTUK DAPATKAN KETERANGAN / BORANG DAFTAR AGEN / RAKAN KONGSI NIAGA, SILA HUBUNGI:
    DATUK K (KAMARUDDIN SULAIMAN)
    TEL/SMS: 014-8642871
    GEMILANG MIRZA SDN. BHD.
    MODAL KONGSI BOLEH DISALURKAN/MENGGUNAKAN AKAUN BERIKUT:
    NO. AC PUBLIC BANK: 4-5117848-13.
    NO. AC BSN: 1010029882151667.
    (SILA SERTAKAN BUTIRAN: NAMA, NO.KP, NO.HP, ALAMAT, NAMA PEWARIS,JUMLAH MODAL, NO. AKAUN ANDA UNTUK MEMUDAHKAN URUSAN BANKIN WANG PELABURAN ANDA)

    SIFIR MUDAH UNTUK BAKAL PEKONGSI MODAL:
    RM1000 = RM292/BLN = SELAMA 6 BULAN
    RM2000 = RM584/BLN = SELAMA 6 BULAN
    RM3000 = RM876/BLN = SELAMA 6 BULAN
    RM4000 = RM1168/BLN = SELAMA 6 BULAN
    RM5000 = RM1460/BLN = SELAMA 6 BULAN
    (SETIAP TAMBAHAN RM1000 = RM292).

    INFO LENGKAP:
    http://gemilang4u.blogspot.com
    http://gemilang4u.blogspot.com
    http://gemilang4u.blogspot.com

Leave a Reply